Risiko cedera, gangguan emosi igauan pemain

Liverpool antara kelab yang dijangka turut terkesan dengan penangguhan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Mac lalu akibat Covid-19.
Liverpool antara kelab yang dijangka turut terkesan dengan penangguhan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Mac lalu akibat Covid-19.
A
A
A

Penyambungan semula beberapa saingan liga utama di Eropah yang ditangguhkan sejak Mac lalu akibat Covid-19 dijangka mendedahkan pemain dengan risiko kecederaan dan tekanan mental.

Bekas pengendali Real Madrid, Fabio Capello berkata, potensi pemain berdepan risiko kecederaan lebih besar kerana mereka hanya menjalani latihan kecergasan di rumah masing-masing sepanjang tempoh dua bulan sebelum ini.

“Jika saya seorang pemain, perkara yang paling utama membimbangkan saya adalah potensi mendapat kecederaan berbanding dijangkiti Covid-19 dalam situasi sekarang.

“Bayangkan dalam tempoh dua bulan terkurung di rumah dan hanya menjalani latihan kecergasan sahaja. Kemudian pemain terpaksa mengharungi jadual perlawanan padat.

“Risiko kecederaan otot adalah tinggi semasa latihan, namun lebih malang apabila pemain perlu mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu,” katanya.

Capello turut memberitahu, pemain juga dijangka berdepan tekanan mental yang kuat bagi merealisasikan misi kelab masing-masing.

“Apa yang saya nampak ada dua jenis ketakutan yang akan mengganggu emosi pemain iaitu bimbang cedera dan dijangkiti Covid-19 seterusnya akan menjejaskan kekuatan mental,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!