Air sarbat penghilang dahaga

Air sarbat mudah disediakan.
Air sarbat mudah disediakan.
A
A
A

GEORGETOWN - Apabila tiba waktu berbuka, minuman sejuk pastinya menjadi pilihan bagi menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Bagi memberi sedikit kelainan minuman untuk berbuka puasa hari in,i bolehlah cuba hasilkan sendiri air sarbat yang cukup terkenal di Pulau Pinang iaitu resipi dari kedai ais tingkap yang terkemuka di Jalan Penang di sini.

MOHAMED ALMI
MOHAMED ALMI

Pengusaha kedai ais tingkap itu, Mohamed Almi Seeni Mohamed, 33, berkata, minuman ais campuran istimewa itu merupakan campuran air sirap yang ditambah dengan bahan-bahan untuk menyejukkan badan antaranya selasih, kembang semangkuk, getah anggur, isi kelapa, air kelapa dan resipi rahsia iaitu sarbat.

“Selain menyejukkan badan, campuran air akar sarbat boleh melegakan sakit tekak jika diminum tanpa ais.

"Semua bahan tadi dicampurkan dalam satu cawan dan boleh terus dihidangkan untuk waktu berbuka nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini kelmarin.

Menurutnya, bagi memberi sedikit kelainan pada citarasa, boleh juga ditambah lemon dan laici mengikut pilihan.

AIR SARBAT

Artikel Berkaitan:

Bahan-bahan:

-Akar Sarbat

-Air Gula

-Pencelup Warna Merah

-Biji selasih

-Kembang semangkuk

-Getah anggur

-Isi dan air kelapa

Cara Penyediaannya:

- Panaskan air hingga mendidih. Masukkan akar sarbat, gula, pencelup dan daun pandan. Masak hingga gula larut dah mendidih.

- Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup.

- Untuk sediakan minuman sarbat hanya campurkan dengan air dan bahan-bahan yang digemari seperti kelapa muda, biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan sedikit ais.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!