Cisse mahu kembali daripada persaraan
BEKAS penyerang Liverpool, Djibril Cisse mahu kembali daripada persaraan demi mencapai impiannya untuk menjaringkan 100 gol dalam saingan Ligue 1.
Cisse berkata, kehidupannya tidak akan tenang selagi dia tidak mencuba sedaya upaya bagi melakukan jaringan berkenaan, apatah lagi setelah menjaringkan 96 gol setakat ini bagi saingan Ligue 1.
“Saya selalu katakan untuk melepasi jumlah 100 gol adalah sesuatu yang penting bagi saya. Kini, saya hanya memerlukan empat gol sahaja lagi dan ia benar-benar meng’hantui’ saya.
“Sekiranya ia tidak berlaku, sekurang-kurangnya, saya telah mencuba dan saya sudah boleh ‘menutup buku’ untuk 100 gol itu.
“Namun, sehingga saya mencuba segalanya, saya tidak akan tenteram,” katanya.
Difahamkan, sejak tidak terlibat dengan bola sepak mulai 2015, Cisse pernah mencuba nasib dalam kerjaya sebagai DJ.
Bagaimanapun, pemain berusia 38 tahun itu yang memiliki 41 caps bersama skuad kebangsaan Perancis termasuk menjulang Piala Konfederasi pada 2003 termasuk meraikan kejayaan meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA Inggeris dan Piala Super UEFA bersama Liverpool tetap mahu beraksi kembali dalam bola sepak.
Sementara itu menurut Cisse, mungkin kemahuannya (menjairngkan 100 gol) itu mungkin boleh dilihat sebagai satu pertaruhan bagi seorang pemain bola sepak.
Bagaimanapun katanya, dia tidak boleh menipu dirinya sendiri untuk mencuba merealisasikan kemahuannya itu
"Pada mulanya, ia seperti satu jenaka. Tapi lama kelamaan, ia menjadi satu permintaan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!