Sekolah perlu rancang SOP sendiri

Gambar hiasan -Foto Bernama
Gambar hiasan -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memandangkan pematuhan jarak sosial akan menjadi sebahagian daripada budaya pelajar apabila sekolah dibuka semula, sekolah perlulah mengatur logistik dan menghasilkan prosedur operasi standard (SOP), kata Pengerusi Alliance for Safe Community, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurutnya, SOP berkenaan hendaklah merangkumi antaranya jumlah pelajar dan tandas yang ada, waktu rehat dan arahan mengenai penggunaan koridor, tangga dan padang sekolah.

“Guru hendaklah peka dan mampu menjelaskan kepada pelajar akan kepentingan jarak sosial, yang ia berbeza dan bukannya anti-sosial.

“Mereka hendaklah juga menjelaskan sebab ianya perlu dan ia hanyalah bersifat sementara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, guru hendaklah berunding mengenai persekitaran ‘kebiasaan baharu’ dan pedagogi persekolahan baharu berdasarkan SOP mungkin perlu dilancarkan.

Pada 15 April, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa jika sekolah dibuka semula pada masa hadapan, setiap kelas hendaklah hanya memuatkan 16 hingga 17 pelajar pada satu-satu masa bagi membolehkan jarak sosial dalam membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Sesi pembukaan semula sekolah akan melibatkan lima juta pelajar seluruh negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!