Dua ADUN Bersatu Kedah sokong Muhyiddin
ADUN Kuah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Firdaus Ahmad menegaskan beliau berpendirian untuk menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.
Menurutnya, tidak timbul soal lompat parti dalam hal ini kerana mahu sehaluan dan mengikut kepimpinan di peringkat pusat.
"Kami senada dan ikut dengan arahan presiden di peringkat pusat. Jangan keliru dan kata empat ADUN Bersatu melompat atau keluar parti," katanya.
Bagi ADUN Ayer Hangat, Juhairi Bulat pula berkata, keputusan yang dilakukan itu untuk menunjukkan mereka sealiran dengan kepimpinan Bersatu di peringkat pusat.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah menyatakan mendapat sokongan di peringkat akar umbi untuk membuat keputusan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, PN ambil alih Kedah
Semalam, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor pada sidang media berkata 23 ADUN termasuk empat ADUN Bersatu mengumumkan kehilangan kepercayaan kepada Mukhriz.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!