Jepun tingkatkan amaran perjalanan 13 negara

Toshimitsu Motegi - Foto Sumber Internet
Toshimitsu Motegi - Foto Sumber Internet
A
A
A

TOKYO - Jepun pada semalam meningkatkan amaran perjalanan ke tahap dua tertinggi terhadap 13 negara di dunia berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Luarnya, Toshimitsu Motegi pada sidang akhbar berkata, pelancong asing yang pernah mengunjungi 13 negara merangkumi lima negara Amerika Selatan dan Amerika Tengah termasuk Mexico, Uruguay dan Colombia dalam tempoh dua minggu sebelum ketibaan di Jepun akan dilarang memasuki negara ini.

Larangan masuk akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat selepas Majlis Keselamatan Negara dan pasukan petugas kerajaan bermesyuarat mengenai perkembangan terkini Covid-19.

Berikutan peraturan terbaharu itu, sebanyak 100 negara negara dan wilayah diletakkan dalam senarai amaran perjalanan Tahap Tiga, menurut Motegi.

Amaran perjalanan itu, tahap tertinggi ditetapkan Kementerian Luar Negeri memerlukan rakyat Jepun segera meninggalkan negara atau kawasan selain mengelak melakukan semua perjalanan.

"Kawasan penularan wabak berubah dari semasa ke semasa," kata Motegi.

Antara negara terkini yang dikategorikan di bawah Tahap Tiga antaranya Maldives, Azerbaijan, Kazakhstan dan lima negara Afrika.

Jepun melarang kemasukan pelancong asing dari 87 negara dan wilayah termasuk China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia dan sebahagian besar Eropah sejak Mac lalu, selain menangguhkan sementara pengeluaran visa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!