Raya Jimat, Raya Selamat bersama Tesco
TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen ‘Raya Jimat, Raya Selamat’ sebagai inspirasi kepada orang ramai sepanjang menjalani keadaan normal baharu yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19.
Kempen berlangsung dari 23 April hingga 11 Jun, di semua 60 cawangan Tesco dan platform atas talian termasuk Tesco Online, Lazada dan Shopee.
Tesco memberi tumpuan kepada keperluan asas para pelanggannya sambil mengekalkan penjarakkan sosial bagi memastikan hari raya nanti dilalui dengan selamat, sihat dan bahagia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie, kempen Raya Jimat, Raya Selamat menawarkan penjimatan besar untuk para pelanggan Tesco.
Memahami perasaan pelanggan yang mungkin pertama kali sambut Ramadan tanpa orang tersayang, kempen Raya Jimat, Raya Selamat adalah cara Tesco membantu pelanggan mengubat duka dan mencipta kenangan berharga tahun ini sambil mengawasi perbelanjaan mereka.
Potongan istimewa
Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua cawangan Tesco dilengkapi keperluan harian seperti daging, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran segar untuk para pelanggannya.
Namun, memikirkan cabaran kewangan yang dihadapi orang ramai disebabkan Covid-19, Tesco mengekalkan pelaburan harga ke dalam produk-produk penting bagi mengurangkan beban pelanggan.
Keghairahan pembelian panik pada awal PKP kini telah diganti dengan pembelian yang lebih tenang, tanpa sentuhan (dalam talian) di mana pelanggan dapat meneruskan penjarakkan sosial.
Tesco menyantuni pelanggan dengan menambah slot penghantaran dalam talian sebanyak 44 peratus dengan melancarkan perkhidmatan Order & Collect berasaskan WhatsApp dan meningkatkan penggunaan Scan & Shop.
Sepanjang Ramadan dan Syawal, perkhidmatan ini disediakan di lapan cawangan iaitu Tesco Selayang, Mutiara Damansara, Cheras, Puchong, Desa Tebrau, Seberang Jaya, Ipoh Extra dan Melaka.
Ia bagi membolehkan pelanggan memesan melalui platform Tesco Online. Kemudian barangan yang dipesan boleh diambil di cawangan pilihan pelanggan.
Beroperasi sama seperti Tesco Online, pelanggan boleh memesan sehingga tiga minggu lebih awal. Pelanggan diminta memilih slot waktu pengumpulan antara 1 tengah hari hingga 6 petang setiap hari, kemudian pergi ke cawangan pilihan dan ambil pesanan dalam masa dua jam dari pada slot waktu yang dipilih.
Kaunter Click & Collect akan ditempatkan di pintu masuk cawangan Tesco untuk memudahkan pelanggan. Seperti di Tesco Online, pelanggan hanya boleh memesan barang sehingga 30kilogram melalui Click & Collect. Tidak ada bayaran perkhidmatan yang dikenakan.
Bagi memastikan pelanggan sentiasa selamat, Tesco turut mengikuti langkah-langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu badan, membatasi jumlah pelanggan di cawangan, mendorong pelanggan mempraktikkan kebersihan pencucian tangan, penjarakan sosial dan juga memakai topeng muka untuk elak/sebar jangkitan.
Tabung Kiriman Ikhlas
Ramadan bulan kebajikan, tanpa sedar anda turut menyumbang dan menderma dengan membeli-belah di Tesco.
Untuk setiap pembelian RM30 mana-mana produk Tesco Own Brand dan RM30 produk jenama Mondelez terpilih (Cadbury, Jacobs, Tiger, Chipsmore, Oreo, Twisties dan belVita) di semua cawangan Tesco di seluruh negara, Tesco Online Lazada dan Shopee, RM1 akan disalurkan ke Tabung Kiriman Ikhlas.
Dana yang dikumpulkan akan ditukarkan kepada barang makanan untuk diedarkan kepada penerima bantuan Food Aid Foundation (FAF) di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang April hingga Julai 2020.
Tahun ini, Tesco bekerjasama dengan rakan Mondelez International dan NGO FAF bagi menjayakan misi bantuan bagi mengisi Tabung Kiriman Ikhlas. Tabung ini menyasarkan jumlah dana sehingga RM200,000 dalam usaha menyediakan barangan makanan penting untuk diedarkan kepada lebih 3,000 penerima FAF.
Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Mondelez, Raja Zalina Raja Safran berkeyakinan kolaboratif itu dapat diteruskan dengan FAF melalui Tesco.
Tabung Kiriman Ikhlas dianjurkan menerusi kempen ‘Raya Jimat, Raya Selamat’ oleh Tesco yang berlangsung hingga 30 Julai depan.
Apa yang ditawarkan?
- Potongan hingga 30% untuk sebahagian besar barangan sejuk beku.
- Tawaran 7 jenis buah kurma (khenaize, deglet nour, medjool, al-hisham khalas, masafii lulu, masfii rabbie dan masafii emirates), diimport dari Emiriah Arab Bersatu, Tunisia dan Palestin.
- Barangan TOB 10% lebih murah berbanding jenama nasional seperti susu krim penuh coklat UHT (RM4.29), kordial Berry 1 liter (RM8.99), biskut mentega 454g (RM12.99) dan banyak lagi.
- Potongan 10% tambahan untuk anak-anak bagi rangkaian pakaian keluarga Tesco Raya yang dijual di Lazada.
- Ada lagi yang menanti! Pemegang Tesco Clubcard juga akan mendapat penjimatan tambahan kerana setiap pembelian akan diterjemahkan ke dalam kumpulan mata, kemudian ditukar menjadi baucar. Baucar yang ditukar boleh digunakan untuk pembelian pada masa hadapan.
Cara memesan melalui Click & Collect!
- Pesan tiga minggu lebih awal.
- Maksimum pesanan hanya 30kg.
- Slot waktu pesanan antara jam 1-6 petang.
- Ambil pesanan di cawangan pilihan.
- Ambil dalam tempoh masa 2 jam di kaunter Click & Collect.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!