Twitter benar staf kekal bekerja dari rumah, elaun dinaikkan

Foto BBC
Foto BBC
A
A
A

TWITTER menawarkan dan membenarkan para pekerja mereka melaksanakan tugas di rumah secara kekal meskipun wabak koronavirus (Covid-19) berakhir kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey bagaimanapun, berkata, masih lagi terdapat beberapa pekerjaan yang memerlukan mereka hadir di pejabat dan mengalu-alukan untuk masuk serta melaksanakan tugas di pejabat seperti biasa, lapor BBC.

"Beberapa bulan kebelakangan ini membuktikan kita berjaya membuat kerja di rumah. Jadi jika pekerja kita mempunyai peranan dan situasi yang memungkinkan mereka bekerja dari rumah dan mereka ingin terus melakukannya selamanya, kita akan teruskan," katanya.

Twitter antara syarikat yang terawal mendorong pekerjanya untuk mulai bekerja dari rumah pada awal Mac lalu ketika Covid-19 mula tersebar di seluruh Amerika Syarikat.

Beberapa syarikat teknologi lain melakukan perkara yang sama, antaranya termasuk Microsoft, Google, dan Amazon.

Syarikat itu juga akan membatalkan semua projek mereka sepanjang tahun ini dan bakal merombak rancangan baharu mereka untuk tahun 2021.

Twitter juga bakal menaikkan elaun kerja dan bekalan rumah kepada $1,000 untuk semua pekerja mereka.

Syarikat yang berpusat di San Francisco ini menggaji lebih daripada 4,000 orang di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!