Lauk ketam RM732 tapi sudah busuk

Hidangan ketam berharga SGD240 (RM732) yang dikatakan sudah berbau busuk. - Foto Facebook Sunny
Hidangan ketam berharga SGD240 (RM732) yang dikatakan sudah berbau busuk. - Foto Facebook Sunny
A
A
A

SINGAPURA - Sebuah keluarga kecewa setelah hidangan ketam yang ditempah dalam talian berharga SGD240 (RM732) di sebuah restoran didakwa tidak berkualiti, malah dipercayai sudah berbau busuk.

Melalui perkongsian oleh Sunny Han di Facebook, dia telah membuat tempahan lebih awal di sebuah restoran makanan laut di Singapura, baru-baru ini.

Bercerita kepada portal Stomp, terdapat tiga hidangan ketam (dua set lada hitam, satu set golden creamy) yang ditempah dengan harga keseluruhan kira-kira $240 (RM732).

Wanita berusia 27 tahun itu berkata, ibunya teringin memakan ketam pada hari tersebut dan menempahnya dalam talian.

"Walaupun ketam itu dijadualkan perlu hantar pada jam 4.30 petang hingga 5 petang, mereka tiba lewat. Saya tidak menyalahkan mereka kerana memahami banyak tempahan perlu disiapkan terutama tempoh 'circuit breake'.

"Tetapi saya sangat kecewa apabila membuka kotak dan terbau busuk semasa membuka cengkerang," katanya.

Sunny beranggapan hidangan ketam tersebut tidak segar dan sangat mengecewakan.

“Mungkin ketam ini tidak segar lagi dan ia mempunyai bau yang busuk.

Artikel Berkaitan:

"Saya mencuba hidangan yang dikatakan sebagai ketam lada hitam terbaik di Singapura, namun perkara sebaliknya berlaku, saya juga terfikir adakah ianya paling terbaik atau paling teruk, bila melihat isi ketamnya juga berwarna hitam,” tambahnya.

Meluahkan kekecewaannya, dia mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih peka kepada kualiti makanan ketika membuat tempahan agar pengalamannya dijadikan pengajaran.

Sementara itu, pihak restoran dalam satu kenyataan di Facebook Sunny meluahkan rasa kesal di atas perkara yang menimpa Sunny dan keluarganya.

"Kami benar-benar menyesal dan berharap pihak anda dapat menghubungi kami untuk memberi maklum balas kejadian tersebut.

"Baru-baru ini kami terlalu sibuk menguruskan penghantaran, jika anda tidak menghubungi kami, mungkin kami akan terlepas pandang perkara ini.

"Kami juga telah mendapat arahan untuk segera mengganti ketiga ketam segar itu kepada anda. Kami berharap dapat menghubungi anda dan melayani anda tidak lama lagi sebagai tanda maaf kepada anda. Terima kasih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!