Rupa-rupanya tular lama...
AUTA
TERSEBAR di media sosial beberapa gambar dan video sebuah premis memproses bihun yang sangat kotor.
Gambar tersebut turut memperlihatkan pekerja di kilang bihun itu tidak memakai baju ketika sedang membungkus bihun.
Pada plastik pembungkus tertera jenama bihun iaitu 'Bihun Istimewa' cap masjid.
FAKTA
Berdasarkan carian Sinar Harian, gambar tersebut kembali ditular selepas ia pernah tersebar pada 2014.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini telah mengesahkan, bahawa 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di Kuala Lumpur tidak mempunyai sijil halal yang sah.
Produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menyerbu kilang bihun berkenaan dan mengarahkan agar ia ditutup serta merta selepas mendapat laporan mengenai cara penghasilannya yang kotor dan menjijikkan.
Kilang yang dikatakan menjalankan operasi sejak tahun 1960-an itu didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!