DBKL tutup lapan premis warga asing

Kedai makan milik warga asing yang disita DBKL hari ini.
Kedai makan milik warga asing yang disita DBKL hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup lapan premis warga asing dalam pemeriksaan yang dijalankan di Jalan Silang, Bukit Bintang dan Lorong Jubelee di sini hari ini.

Unit Media DBKL menerusi Facebook rasminya memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Sek 101(1)(v) iaitu melakukan segala perkara yang perlu untuk keselamatan, kesihatan dan kesenangan awam.

"Premis ditutup melibatkan dua kedai runcit, tiga kedai makan, dua kedai telekomunikasi dan sebuah kedai menjual rokok dan majalah.

Penguat kuasa DBKL menyemak dokumentasi sebuah premis yang diperiksa hari ini.
Penguat kuasa DBKL menyemak dokumentasi sebuah premis yang diperiksa hari ini.

"Kedai tersebut dikendalikan oleh warga asing yang menggunakan permit pekerjaan dalam berlainan sektor (salahguna permit kerja), " memetik kenyataan itu.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan DBKL akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Sebuah kedai telekomunikasi dikendalikan warga asing ditutup dalam pemeriksaan dijalankan penguatkuasa DBKL hari ini.
Sebuah kedai telekomunikasi dikendalikan warga asing ditutup dalam pemeriksaan dijalankan penguatkuasa DBKL hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!