'Jangan sentuh atau saya peliat telinga, ketuk jari!

Paparan Instagram Permaisuri Agong mencuit hati rakyat.
Paparan Instagram Permaisuri Agong mencuit hati rakyat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan kemahiran memasak dan baginda turut berkenan berkongsi pelbagai resipi masakan di laman sosial.

Terkini, Permaisuri Agong mencuit hati rakyat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan nota 'amaran' supaya tidak menyentuh periuknya

"Sudah warning (amaran) kepada semua orang, 'don t touch or move this' (jangan sentuh atau alihkan) periuk atau saya peliat telinga dan ketuk jari!" tulis baginda yang menarik perhatian netizen.

Perkongsian berkenaan mencuit hati netizen yang meninggalkan komen pada entri tersebut.

@aymannhaziq, "hahahaha adoiii garangnya Tuanku," manakala @reenradin menulis, "Emm... special menu la ni, tak bagi sentuh."

Sebelum itu, baginda berkongsi juadah membuat halwa maskat iaitu sejenis manisan tradisi yang jarang dikenali ramai kerana dihidangkan pada hari perayaan.

Menurut baginda, halwa maskat mengambil masa empat hari untuk dihasilkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Dalam pada itu, netizen juga teruja dan berharap baginda berkongsi manisan halwa maskat itu setelah siap dimasak kerana ramai yang tidak pernah mengenali hidangan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

@incesssazxox berkata, "Tuanku nanti kongsi ya cara buat dan kejadian selepas proses."

Difahamkan, halwa maskat merupakan sejenis manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan daripada minyak sapi, tepung dan gula.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!