Mohamad Adly akhirnya ditemui meninggal dunia

Laporan portal Sinar Harian hari ini.
Laporan portal Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 28 April lalu ditemui meninggal dunia di sebuah kebun di Kampung Baru di sini pagi tadi.

Mayat, Mohamad Adly Noordin, 34, ditemui sekumpulan pemburu babi di kebun itu kira-kira jam 11 pagi.

Bapa saudara angkatnya, Mohamad Sungip Omar, 40, berkata, kumpulan pemburu itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran.

"Saya baru dimaklumkan mengenai penemuan Mohamad Adly petang ini dan misteri kehilangannya selama ini terungkai," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Sungip berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Mohamad Adly dan menganggapnya sebagai ketentuan ALLAH.

"Kami pasrah sebaik mengetahui Mohamad Adly telah meninggal dunia dan kuasa ALLAH mengatasi segalanya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulanglah Mohamad Adly...

Katanya, jenazah Mohamad Adly dijangka akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam pada jam 9 malam ini untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa kemudian dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Jawa," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang ibu buntu memikirkan keselamatan anak angkatnya yang dipelihara sejak bayi selepas pemuda itu tidak pulang ke rumah sejak 28 April lalu.

Yatimah Sairan @ Ahmad, 70, berkata, kehilangan Mohamad Adly Noordin, 34, disedari ketika dia berada di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu apabila anak angkatnya itu tidak pulang ke rumah mereka di Jalan Permatang, Kampung Tebuk Jawa di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!