MP UMNO, Pas sokong Muhyiddin sebagai PM
PADA hari ini, 14 Mei 2020 bersamaan 21 Ramadan 1441H, Muafakat Nasional mengadakan mesyuarat khas pucuk pimpinan parti yang dihadiri oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung kedua-dua parti.
Muafakat Nasional sepakat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selari dengan keputusan itu, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas memberi sokongan penuh kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tan Sri Annuar Haji Musa
Setiausaha Agung 1
Datuk Takiyuddin Haji Hassan
Setiausaha Agung 2
ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas adakan sesi perbincangan khas petang tadi
Speaker terima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!