Carrick masih mampu beraksi di EPL

Carrick (kiri) -Foto Gettyimages
Carrick (kiri) -Foto Gettyimages
A
A
A

PERTAHANAN kiri Manchester United, Luke Shaw percaya bekas bintang Red Devils, Michael Carrick masih ‘mampu’ untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Shaw berkata, Carrick yang kini berusia 38 tahun dan menjawat jawatan pembantu jurulatih di Old Trafford telah di’salah nilai’ oleh pihak pengurusan ketika beraksi bersama United sebelum ini.

“Saya ada sedikit perasaan bahawa David Beckham sedikit di’salah nilai’, namun bagi saya, ia turut melibatkan Carrick.

“Saya fikir dia (Carrick)bukan sahaja di’salah nilai’ oleh United, tetapi juga oleh skuad kebangsaan England.

“Bila saya menyertai United buat kali pertama, dia (Carrick) sedikit berusia daripada saya, tetapi dia masih memiliki kualiti; malah sehingga ke hari ini,” katanya.

Untuk rekod, Carrick yang bersara pada musim 2018 lalu telah beraksi sebanyak 300 perlawanan bagi United, memenangi trofi EPL sebanyak lima kali selain trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan dalam proses mendakap trofi Liga Europa.

Bagaimanapun di sebalik rekod cemerlangnya itu, Carrick hanya melakukan sebanyak 34 penampilan bersama skuad kebangsaan England kerana perlu bersaing dengan pemain berpengarauh seperti Frank Lampard dan Steven Gerrard.

Sementara itu Shaw menyifatkan Carrick juga tidak pernah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya biarpun dia salah seorang daripada pemain terbaik England dan Manchester United.

Artikel Berkaitan:

“Dia juga tidak digunakan sepenuhnya ketika mewakili England. Dia tidak pernah takut untuk melakukan sesuatu.

“Tidak keterlaluan kalau saya katakan dia (Carrick) sebagai salah seorang daripada pemain tengah yang memiliki hantaran yang baik dan saya katakan ini bukan kerana dia adalah jurulatih saya hari ini!” kataya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!