Kastam terima 2,000 naskhah al-Quran wakaf

Ahmad Maher (enam dari kiri) menerima naskhah Al Quran diwakafkan yang disampaikan Hashim. - Foto Asril Aswandi Shukor
Ahmad Maher (enam dari kiri) menerima naskhah Al Quran diwakafkan yang disampaikan Hashim. - Foto Asril Aswandi Shukor
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerima 2,000 naskhah al-Quran daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menerusi Program Wakaf Quran Fasa Kedua.

Sumbangan wakaf tersebut diserahkan oleh Sekretariat WUIF, Hashim Anang kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri), Datuk Ahmad Maher Abd Jalil di sini hari ini.

Ahmad Maher berkata, kesemua al-Quran tersebut akan diagihkan kepada kesemua stesennya di seluruh negara.

"Kita akan edarkannya dari Perlis sampailah ke Tawau, Sabah," katanya ketika ditemui Sinar Harian

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Abdul Latif Abd Kadir.

Ahmad Maher Abd Jalil. - Foto Asril Aswandi Shukor
Ahmad Maher Abd Jalil. - Foto Asril Aswandi Shukor

Menurutnya, para pegawai dan kakitangan tanpa mengira pangkat perlu memanfaatkan al-Quran tersebut sekali gus menjadikannya sebagai panduan dalam hidup termasuk kerja harian.

"Kastam mempunyai 14,000 anggota dan pegawainya di seluruh negara. Majoriti dalam kalangan kita berpelajaran dan mempunyai asas pengetahuan agama, jadi ini amat membantu kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai persepsi awam terhadap jabatan itu, Ahmad Maher berkata, ia lebih baik berbanding sebelum ini.

"Memang diakui ada segelintir yang 'terbabas' tetapi kita cuba lakukan yang terbaik dan persepsi awam bertambah baik," katanya.

Sebelum ini, WUIF menyasarkan 400,000 naskhah bagi fasa kedua sejak program itu dilancarkan 14 April lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!