Polis akan jejak pihak 'curi-curi' rentas negeri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Polis akan terus menjejaki individu atau mereka yang merentas sempadan negeri secara 'curi-curi'.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan dan pihak polis telah mula melakukan sekatan di sempadan negeri.

Justeru menurutnya, masyarakat yang mempunyai maklumat perlu tampil mendedahkan ketidakpatuhan yang berlaku.

"Yang 'curi-curi' itu saya tidak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang provokasi sahaja.

"Kalau boleh, kalau betul mereka 'curi-curi', ambil gambar mereka. Macam dulu ada yang pernah swafoto, silakan. Pihak polis pasti cari mereka," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau menegaskan ketetapan larangan merentas negeri kini kembali normal iaitu tidak boleh melakukan rentas negeri kecuali dengan kebenaran polis.

"Sesiapa yang merentas negeri tanpa kebenaran polis akan dikenakan tindakan. Boleh dihukum di bawah Akta 342 dan dikenakan kompaun mereka atau membawa kes ke mahkamah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!