Kes Covid-19 naik mendadak di Brazil, lebih 200,000 dijangkiti
RIO DE JANEIRO - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Brazil semakin naik mendadak dengan lebih 200,000 rakyat dijangkiti pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data epidemiologi terkini, virus itu telah menjangkiti 202,918 orang dan menyebabkan 13,993 pesakit meninggal dunia.
Dalam 24 jam lalu, Brazil menyaksikan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 13,944 dengan 844 pesakit lagi maut, kata kementerian itu.
Pada hari sama, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menggesa pemimpin sektor perniagaan di pusat kewangan Sao Paulo mendesak pihak berkuasa di negeri ini menarik balik sekatan pergerakan bagi membantu merancakkan kembali ekonomi negara.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!