Kelonggaran aktiviti agama lain diputuskan minggu depan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan sidang media harian perkembangan PKPB di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan sidang media harian perkembangan PKPB di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kebenaran penganut agama lain melakukan aktiviti keagamaan di rumah ibadat masing-masing dijangka akan diputuskan Selasa minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet sudah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berbincang dengan pemimpin lima agama terbesar di negara ini berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membolehkan aktiviti keagamaan dibenarkan di rumah ibadat.

Menurutnya, permohonan diterima daripada pihak rumah ibadat lain susulan kelonggaran solat berjemaah di masjid dan surau kepada umat Islam bermula hari ini.

"Menteri berkenaan diarahkan oleh Kabinet untuk melihat perkara ini dan berbincang dengan pemimpin lima agama besar di negara ini iaitu Kristian, Budha, Hindu Sikh dan Taoisme.

"Perbincangan akan dibuat dengan wakil mereka dan saya difahamkan cadangan akan dibentangkan esok atau selewat-lewatnya Selasa depan. Selepas itu keputusan akan dibuat," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Hari ini, masjid di sebahagian negeri dan kawasan dibenarkan melakukan solat Jumaat dengan SOP tidak lebih daripada 30 jemaah dalam satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!