Mukhriz menghadap Sultan Kedah
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masuk menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di sini petang ini.
Kenderaan yang membawa Mukhriz dari kediaman rasmi di Dewan Seri Mentaloon di sini tiba tepat jam 4 petang untuk mengadap Sultan Sallehuddin
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan termasuklah ADUN Derga, Tan Kok Yew, ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul dan ADUN Kota Darul Aman, Teh Swee Leong telah masuk menghadap sejak jam 2.25 petang tadi.
Kira-kira jam 10 pagi tadi, seramai 23 Ahli ADUN Perikatan Nasional (PN) termasuklah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selesai menghadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman hari ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!