Pasar Besar Ipoh ditutup dua hari
IPOH - Pasar Besar Ipoh akan ditutup selama dua hari bermula 18 Mei ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong-Royong Mega.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, gotong-royong itu dilaksanakan untuk memerangi wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran.
"Pasar ini akan dibuka semula seperti biasa pada 20 Mei, diharap gotong-royong ini akan memberi lebih keyakinan kepada warga kota tentang tahap kebersihan Pasar Besar Ipoh.
"Inisiatif ini juga untuk memastikan keselamatan pengunjung pasar ini di tahap yang terbaik," katanya.
Program gotong-royong itu dikendalikan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!