Rusia kesan 23 pesawat pengintip berhampiran sempadannya
MOSCOW - RUSIA. Rusia mengesan 23 pesawat asing terbang berhampiran sempadannya untuk tujuan pengintipan sejak minggu lalu, menurut akhbar pertahanan Rusia, Krasnaya Zvezda hari ini.
Pesawat Rusia dikerahkan bagi menghalang kapal terbang asing memasuki ruang udara negara berkenaan, menurut laporan itu sambil menambah, tiada pencerobohan dikesan.
Pesawat pengintip asing terbabit dikesan sering terbang dekat sempadan ketika Rusia kerap menyalahkan Amerika Syarikat (AS) dan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) melakukan aktiviti risikan.
Sebelum ini, Rusia turut menyalahkan Nato kerana meningkatkan aktiviti pengintipan di rantau Baltik dan Laut Hitam. – Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!