Bawa golongan berisiko ke tempat awam mungkin dikenakan tindakan

Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan mungkin akan diambil ke atas ahli keluarga yang didapati masih membawa golongan berisiko ke tempat awam termasuk ke hospital jika tiada keperluan mendesak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi dalam fasa menasihati orang ramai agak tidak berbuat demikian.

"Perkara ini telah dibincang di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka yang membawa anak atau warga emas ke tempat awam sangat berisiko tinggi, KKM memberi nasihat setakat ini.

"Kita guna nasihat supaya tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam termasuk ke hospital melainkan mereka ada temu janji.

“Kita sekarang memberi nasihat tapi mungkin akan ambil tindakan bawah Akta 342 mengenakan tindakan saman atau ke mahkamah tapi tindakan akan disusuli nanti selepas nasihat," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan orang ramai yang masih membawa golongan berisiko ke tempat awam.

Jelasnya, kanak-kanak dan warga emas dikategorikan antara golongan berisiko dijangkiti virus berkenaan.

Susulan itu, KKM sebelum ini mengingatkan orang ramai supaya tidak membawa golongan tersebut ke tempat awam jika tiada keperluan mendesak.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!