Polis, Rela awasi pematuhan SOP di masjid dan surau

Jemaah menunaikan solat sunat tarawih dalam norma baharu apabila saf di jarakkan satu meter antara satu sama lain selain memakai penutup hidung dan muka semasa PKPB bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Masjid Mahmoodiah di Presint 18 malam tadi. - Foto Bernama
Jemaah menunaikan solat sunat tarawih dalam norma baharu apabila saf di jarakkan satu meter antara satu sama lain selain memakai penutup hidung dan muka semasa PKPB bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Masjid Mahmoodiah di Presint 18 malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan di masjid dan surau yang mendapat kebenaran untuk solat berjemaah bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Menurutnya, laporan diterima mengenai perlaksanaan solat Jumaat semalam mendapati hampir kesemua SOP ditetapkan telah dipatuhi.

Bagaimanapun katanya, terdapat jemaah melibatkan masjid luar Wilayah Persekutuan yang didapati solat di luar masjid.

"SOP telah dikeluarkan dan kita harap jemaah yang tidak tersenarai tidak perlu ke masjid untuk solat di luar.

"Kita setuju untuk setiap solat jemaah, polis dan Rela akan mengawasi pematuhan SOP di masjid dan surau yang dibenarkan," katanya.

Ismail berkata, sebanyak 25 masjid dan 30 surau Jumaat telah melaksanakan solat Jumaat semalam.

"Hampir semua masjid dan surau didapati mematuhi SOP iaitu menghadkan jemaah tidak lebih 30 orang, pemakaian topeng muka, penjarakkan sosial tempat solat, pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran jemaah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!