Beri apam balik percuma sempena Hari Guru

Orang ramai mengambil kesempatan mendapatkan apam balik percuma sempena Hari Guru dengan masing-masing menjaga penjarakan sosial seperti ditetapkan. - Foto Apam Balik Kuhot
Orang ramai mengambil kesempatan mendapatkan apam balik percuma sempena Hari Guru dengan masing-masing menjaga penjarakan sosial seperti ditetapkan. - Foto Apam Balik Kuhot
A
A
A

IPOH - Seorang usahawan apam balik memberikan kuih itu secara percuma kepada pelanggannya hari ini sebagai meraikan sambutan Hari Guru dan sebagai penghargaan kepada semua pendidik.

Pengasas Apam Balik Kuhot, Mohamad Azmi Ahmad bagaimanapun menganggap pemberian itu kecil berbanding sumbangan seorang guru yang mencurahkan ilmu kepada pelajarnya.

Menurutnya, ia bukan pertama kali dilakukan malah setiap kali sambutan tertentu termasuk 1 Ramadan.

Promosi sempena Hari Guru dimuat naik menerusi Facebook bagi memberi tahu orang ramai mengenai pemberian percuma apam balik.
Promosi sempena Hari Guru dimuat naik menerusi Facebook bagi memberi tahu orang ramai mengenai pemberian percuma apam balik.

"Istimewanya hari ini, kita mahu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan insan sehingga mereka berjaya dan berbakti untuk negara," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, perniagaannya yang beroperasi di Taman Klebang Restu mula mengagihkan apam balik percuma pada jam 4 petang.

Mohamad Azmi berkata, dia tidak pernah memikirkan kerugian dengan pemberian percuma tersebut sebaliknya menganggap sebagai sumbangan kepada masyarakat.

Jelasnya, jika diizinkan pemberian percuma itu akan diteruskan dari masa ke masa bukan sahaja Hari Guru tetapi sambutan lain sebagai menghargai pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!