Haiwan liar bebas bergerak di Taman Negara Pakistan
ISLAMABAD - Harimau bintang, serigala dan pelbagai hidupan liar lain di Taman Negara Margalla Hills kini bebas bergerak sejak kawasan itu tidak dikunjungi pengunjung.
Penolong Pengarah Hidupan Liar Islamabad, Sakhwat Ali berkata, pekerja di taman negara itu mengesan aktiviti haiwan meningkat sejurus bandar itu melaksanakan perintah berkurung pada Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Harimau bintang yang kebiasaannya bersembunyi dilihat berkeliaran selain kamera pengesan pergerakan juga secara berterusan membidik kelibat haiwan liar itu di kawasan yang sudah lama tidak dikunjungi pengunjung.
Perintah berkurung dilaksanakan di seluruh dunia menyaksikan hidupan liar semakin berani bergerak bebas ketika orang ramai duduk di rumah. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!