Ahli MM2H dibenarkan pulang ke Malaysia
PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan individu yang menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tetapi masih terkandas di luar negara pulang ke Malaysia mulai esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan disahkan negatif koronavirus (Covid-19) di negara berkenaan terlebih dahulu sebelum pulang.
"Apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka perlu mematuhi semua peraturan termasuk menjalani saringan dan kuarantin wajib 14 hari.
"Kos bagi menjalani proses kuarantin wajib ini perlu ditanggung sendiri oleh peserta program ini," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!