HR Group, Hemico ceriakan Aidilfitri 900 keluarga

Hasim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk sebagai simbolik pelancaran Program Hemico Needs di Pejabat Urusan Hemico di Mergong dekat sini semalam. Hadir sama Amri (tengah) dan Suzana (kiri).
Hasim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil penduduk sebagai simbolik pelancaran Program Hemico Needs di Pejabat Urusan Hemico di Mergong dekat sini semalam. Hadir sama Amri (tengah) dan Suzana (kiri).
A
A
A

ALOR SETAR - Sebanyak 900 keluarga terdiri daripada golongan sasaran dan asnaf terpilih menerima sumbangan HR Group dan Hemico sempena kehadiran Aidilfitri yang bakal menjelang pada minggu hadapan.

Pengerusi Eksekutif HR Group, Datuk Hasim Jahaya berkata, keseluruhan sumbangan tersebut membabitkan kos sebanyak RM70,000 dan akan mula diagihkan sepanjang minggu ini.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah salah satu cara pihaknya berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan dan telahpun diamalkan sejak dahulu lagi.

"Kami mengharapkan agar sumbangan ini akan dapat diteruskan lagi selepas sambutan Aidilfitri bagi meringankan beban golongan yang terkesan dan terjejas dengan pandemik Covid-19," katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan Program Hemico Needs di Pejabat Urusan Hemico di Mergong dekat sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Amri Datuk Hashim berkata, program yang dilancarkan itu adalah program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) dan 400 keluarga yang terpilih di seluruh negara akan menerima barangan keperluan harian dan produk minuman kesihatan.

Menurutnya, 500 lagi keluarga yang terpilih akan diagihkan di Kedah terutamanya di sekitar kawasan Kuala Kedah terutamanya kepada mereka terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Hasim (lima dari kiri) di hadapan lori yang akan digunakan untuk mengagihkan barangan sumbangan Program Hemico Needs di seluruh negara. Turut kelihatan Amri (tiga dari kiri) dan Suzana (enam dari kiri).
Hasim (lima dari kiri) di hadapan lori yang akan digunakan untuk mengagihkan barangan sumbangan Program Hemico Needs di seluruh negara. Turut kelihatan Amri (tiga dari kiri) dan Suzana (enam dari kiri).

"Kita telah mengenalpasti penerima di seluruh negara termasuk masyarakat setempat di sini. Mereka akan menerima sumbangan barangan keperluan harian berupa beras, gula, kopi, teh dan produk minuman kesihatan keluaran Addin Cocoa.

Artikel Berkaitan:

"Lori kita akan bergerak bermula hari ini (semalam) untuk ke destinasi terpilih seperti Tanah Merah, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Temerloh, Klang, Bandar Baru Bangi, Melaka dan destinasi terakhir adalah Johor," katanya.

Tambah Amri, pihaknya juga akan berkongsi nikmat dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan sasaran termasuk staf syarikat yang berupa ayam segar dan juga beras pulut.

Bagi Pengarah Eksekutif Mimi Suri Heritage Sdn Bhd, Suzana Shafie pula berkata, kaedah sumbangan pada tahun ini terpaksa dirombak berikutan pelaksanaan PKP dan kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Pada tahun-tahun ini sebelum kami menyerahkan sumbangan dalam majlis berbuka puasa kepada golongan sasaran, namun kali ini kaedah perlu ditukarkan kerana tidak boleh diadakan program yang melibatkan orang ramai.

"Walaupun berdepan kekangan seperti ini akibat Covid-19, namun sumbangan tetap diteruskan dan kami berharap apa yang diusahakan ini sedikit sebanyak mampu memberikan keceriaan sempena kehadiran Aidilfitri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!