Mungkin 'langgar' sekatan pandemik Covid-19

Sebastian Coe
Sebastian Coe
A
A
A

PEMIMPIN sukan antarabangsa berkemungkinan 'melanggar' sekatan pandemik Covid-19 pada ketika setiap pertubuhan sukan bergelut menyusun semula kejohanan utama masing-masing.

Itu amaran Ketua Olahraga Dunia (WA), Sebastian Coe yang menyifatkan bagi penting untuk pemimpin sukan memastikan sesuatu temasya berlangsung semula walaupun usaha memutuskan rantaian Covid-19 berterusan di seluruh dunia.

"Kita perlu dipandu arahan oleh pihak kerajaan, WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan pihak berkuasa. Namun kita juga perlu membuat keputusan sendiri yang masuk akal dan pada masa sama berkompromi.

"Saya pasti akan tiba masanya sebuah pertubuhan sukan menyatakan sudah bersedia menganjurkan sesebuah pertandingan biarpun tidak mendapat persetujuan pihak berkuasa.

"Ya, kami akan menghormati tetapi kami perlu membuat keputusan terbaik demi sukan dan juga atlet kami," kata bekas legenda trek British berusia 63 tahun itu.

Acara trek dan balapan sama seperti sukan lain mempunyai kalendar tersendiri terkesan teruk susulan penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke tahun depan.

Situasi itu menyebabkan Kejohanan Dunia yang dijadualkan berlangsung pada 2021, terpaksa ditunda ke tarikh lain bagi membolehkan temasya terbesar dunia itu berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!