Berhabis hampir RM30,000 demi si bulus

Pemilik bermain dengan kucing di rumah tersebut. - Foto Facebook DataKitt Cattery
Pemilik bermain dengan kucing di rumah tersebut. - Foto Facebook DataKitt Cattery
A
A
A

BANGKOK - Seorang lelaki berhabis wang lebih 200,000 Baht (RM27,137.32) untuk membina rumah kucing kesayangannya hingga menjadi perhatian netizen.

Beberapa keping gambar kemudian tular di media sosial mengenai rumah kucing yang kelihatan eksklusif itu.

Seorang pengguna Facebook, DataKitt Cattery telah berkongsi proses menyiapkan rumah tersebut yang bersaiz 2.5 x 6 meter yang dibina di tepi halaman rumah dengan lengkap mempunyai dinding serta bumbung termasuk pendingin hawa.

Bukan itu sahaja, sambil bermain dengan si bulus kesayangannya, pemilik itu juga boleh menikmati pemandangan langit biru.

Sementara itu, posting Facebook tersebut meraih lebih 68,000 perkongsian, 23,000 tanda suka dan lebih 26,000 komen daripada netizen yang begitu teruja melihat rumah kucing berkenaan.

Shuyang berkata, "Ruang besar, selesa untuk si kucing, ia beri inspirasi untuk saya bina rumah buat si bulus."

Kata Kong Wat, "Cantik! harap saya mampu bina untuk si manja."

Artikel Berkaitan:

Pengguna Facebook DataKitt Cattery kongsi bina rumah kucing hampir RM30,000 cetus inspirasi kepada netizen.
Pengguna Facebook DataKitt Cattery kongsi bina rumah kucing hampir RM30,000 cetus inspirasi kepada netizen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!