Tak sempat nak sahur

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dan tidak dapat bergerak selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kipmart Tampoi, Tampoi, Johor Bahru awal pagi tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera dan tidak dapat bergerak selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kipmart Tampoi, Tampoi, Johor Bahru awal pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan pulang untuk bersahur bersama-sama keluarga cedera selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok tumbang berhampiran Kipmart Tampoi di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, Ubaidullah Ahmad, 33, yang memandu seorang diri dalam perjalanan dari rumah adiknya di Taman Kenanga menuju ke rumahnya di kawasan Greenfield, Tampoi.

Bagaimanapun tiba di lokasi, mangsa tidak perasan terdapat sebatang pokok tumbang merintangi jalan menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas ke bahu jalan dan mengakibatkan cermin kereta bahagian depan pecah.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian dada dan tidak boleh bergerak memaklumkan kepada isterinya yang kemudian datang ke tempat kejadian.

Anggota bomba memotong pokok tumbang yang mengakibatkan kemalangan berhampiran Kipmart Tampoi, Tampoi, Johor Bahru, awal pagi tadi
Anggota bomba memotong pokok tumbang yang mengakibatkan kemalangan berhampiran Kipmart Tampoi, Tampoi, Johor Bahru, awal pagi tadi

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT), sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua Rapid Interventions Motorcycle (RIM) berkejar ke lokasi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, mangsa tidak tersepit tetapi tidak dapat bergerak sebelum dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan menaiki EMRS.

"Setelah mengeluarkan mangsa, pihak bomba memotong lebihan pokok yang masih merintangi jalan bagi mengelak pengguna jalan raya mengalami nasib yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mangsa yang menetap di sini berasal dari Pahang dan bekerja di Melaka sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, operasi menyelamatkan mangsa itu menyebabkan semua anggota bomba yang terlibat tidak sempat bersahur.

Anggota bomba membersihkan pokok tumbang di lokasi kejadian berhampiran Kipmart Tampoi, Johor Bahru awal pagi tadi.
Anggota bomba membersihkan pokok tumbang di lokasi kejadian berhampiran Kipmart Tampoi, Johor Bahru awal pagi tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!