KPDNHEP tunggu penjelasan hospital swasta!

Rosol pada sidang media selepas pemeriksaan dan tinjauan terhadap bekalan keperluan asas di pasar raya di Kangar dan harga barangan basah di Pasar Awam Sena.
Rosol pada sidang media selepas pemeriksaan dan tinjauan terhadap bekalan keperluan asas di pasar raya di Kangar dan harga barangan basah di Pasar Awam Sena.
A
A
A

KANGAR - Sebuah hospital swasta di ibu negara diarah memberi penjelasan berhubung harga pelitup muka didakwa terlalu mahal hingga mencecah RM11.20 sekeping.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas hospital swasta itu selepas menerima aduan pengguna dikenakan caj RM201.60 untuk 18 pelitup muka tiga lapisan dipakai jururawat bagi merawat pesakit berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat perkara terbabit memandangkan belum menerima laporan dari hospital itu berhubung alasan mereka tentang kenaikan harga pelitup muka tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN] - KPDNHEP siasat harga topeng muka RM11.20 sekeping

“Kita mahu hospital swasta berkenaan memberikan laporan sebab pesakit terbabit dikenakan caj untuk harga pelitup muka sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

"Untuk itu, kita membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,"katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Difahamkan, harga pelitup muka itu dijual lebih tinggi bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum ditetapkan kerajaan sebanyak RM1.50 sekeping.

Dalam satu kenyataan Jumaat lepas, KPDNHEP memberitahu, sebuah hospital swasta di ibu negara telah diperiksa dan beberapa dokumen berhubung transaksi termasuk pelitup muka telah disita bagi tujuan siasatan.

Ia susulan aduan pengguna yang dicaj sebanyak RM201.60 untuk 18 keping topeng muka tiga lapisan yang dipakai jururawat bagi merawat pesakit berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Rosol melakukan pemeriksaan dan tinjauan terhadap bekalan keperluan asas di pasar raya di Kangar dan harga barangan basah di Pasar Awam Sena.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!