MPK gempur penjaja, peniaga warga asing

Tindakan dijalankan terhadap premis yang didapati tidak mengikit peraturan ditetapkan
Tindakan dijalankan terhadap premis yang didapati tidak mengikit peraturan ditetapkan
A
A
A

KLANG - Lima penjaja tanpa lesen dan lima premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di beberapa lokasi sekitar Klang di sini disita dalam operasi yang dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK), semalam.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan, operasi dijalankan sekitar Pasar Pagi Jalan Selampit Klang Jaya, Pangsapuri Arista Bandar Parkland dan Sekitar Bandar Sultan Suleiman.

"Siasatan di Pasar Pagi Jalan Selampit Klang Jaya mendapati lima penjaja beroperasi tanpa lesen yang sah.

"MPK kemudiannya menjalankan sitaan terhadap barang perniagaan dan sebuah van di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007.

"Operasi turut dijalankan di Apartment Arista, Bandar Parkland dan mendapati sebuah premis perniagaan yang beroperasi tanpa lesen di lokasi yang dikendalikan warga asing dan disita di bawah Undang- Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (PTPP) (MPK) 2007," katanya.

Menurut MPK, operasi kemudiana dijalankan di Jalan Sultan Abdul Samad dan sekitar Bandar Sultan Suleiman.

"Pemeriksaan di hadapan Pangsapuri Kelompok Camar, Jalan Sultan Abdul Samad mendapati terdapat sebuah premis tiada lesen perniagaan yang sah manakala

pemeriksaan terhadap tiga premis di sekitar Bandar Sultan Suleiman mendapati kesemua premis ini tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan kemudiannya dijalankan di bawah Undang- Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (PTPP) (MPK) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!