Juara MLM 2018: Shiro akhiri penantian
KUMPULAN Shiro mencipta sejarah tersendiri apabila akhirnya bergelar juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) buat kali pertama selepas beberapa kali penyertaan mereka.
Sebelum ini, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak hanya memenangi tempat kedua MLM pada tahun 2013 dan 2017.
Kemenangan mereka melayakkan kumpulan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000, trofi dan sejambak bunga.
Selain itu, kumpulan Shiro juga turut diumumkan sebagai pemenang Oppo Punchline Machine.
Juara dua tahun berturut-turut MLM 2016 dan 2017, kumpulan Bocey mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM250,000 dan trofi.
Kumpulan Zero terpaksa berpuas hati ditempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.
Manakala tempat keempat dan kelima menjadi milik Puteh dan Taman yang masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi dan sejambak bunga.
Hadiah disampaikan oleh pelakon veteran, Wan Maimunah diiringi Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantura Kumpulan Kandungan Astro Ketua, Datuk Khairul Anwar Salleh.
Mengangkat tema Circus atau sarkas pula untuk penganjuran pada tahun 2018 ini, MLM 2018 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin sebagai juri profesional.
MLM 2018 telah bersiaran langsung dari Royal Theatre, Shah Alam dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) bermula jam 9 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!