KKM khuatir peningkatan pergerakan rentas negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatir melihat peningkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana terdapat kes-kes positif wabak koronavirus (Covid-19) yang berkait rapat dengan aktiviti rentas negeri.

"Kes-kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan terutamanya sekiranya ia terus-menerus berlaku walaupun selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Masyarakat harus waspada semasa tempoh semasa tempoh perayaan yang bakal tiba ini mungkin menjadi pemangkin kepada penularan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan.
Dr Noor Hisham semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) amat penting dalam usaha untuk menjayakan misi memutuskan rantaian Covid-19.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negera (MKN) untuk memperketatkan penguatkuasaan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

"Sekarang ini kita sudah ada SOP dan apa yang pasti kita kena patuh kepada SOP tersebut.

"Kalau SOP tidak dipatuhi kita mungkin akan jalankan penguatkuasaan dan perkara ini kita akan bincang bersama dalam mesyuarat dengan MKN," katanya.

Katanya, tindakan yang akan diambil nanti akan dilakukan secara bersepadu dengan pelbagai agensi dan bukan hanya melibatkan KKM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!