Akhirnya, halwa muskat Permaisuri Agong siap

Air tangan halwa muskat dari Permaisuri Agong dinanti netizen.
Air tangan halwa muskat dari Permaisuri Agong dinanti netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Hidangan manisan halwa muskat air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya telah siap setelah mengambil masa lima hari pembuatannya.

Tunku Azizah berkongsi hidangan halwa muskat itu yang dimasak mengikut tradisi Istana Johor di akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah hari ini.

Menerusi beberapa rakaman video dimuat naik, Seri Padukan juga berkongsi resipi halwa muskat, antaranya perlu meletakkan, air, gula pasir, gula batu, badam goreng, safron dan air mawar bagi memberi keenakan pada masakan tersebut.

Setelah melihat hidangan jarang ditemui ketika ini, netizen begitu teruja untuk merasai keenakan halwa muskat malah ada juga berkongsi pengalaman mereka menyiapkan manisan tersebut bersama ahli keluarga.

@misley berkata, "Dapat juga lihat bagaimana buat halwa muslat, dari awal saya tunggu nak tengok caranya. Semalam sampai cari di YouTube tapi tak jumpa. Terima kasih tuanku sudi kongsi resipi."

Kata @amysur, "Masya-ALLAH, memang tunggu tuanku post tentang ni, nak tengok macam mana proses buat halwa muskat."

Bagi @onetelekung, dia pernah merasai keenakan masakan tersebut hasil tangan Allahyarham neneknya.

"Alhamdulillah memang sedap sangat teringat arwah nenek saudara selalu masak untuk tempahan. Selalu duduk tepi sampai siap nanti arwah nenek bagi sikit untuk makan letak atas daun pisang," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan sentuh atau saya peliat telinga, ketuk jari!

halwa muskat day

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on May 16, 2020 at 9:39pm PDT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!