Korea Muslim suka sambut Ramadan di Malaysia

Ahmad bersama anak-anaknya. -Foto: Instagram Ahmad
Ahmad bersama anak-anaknya. -Foto: Instagram Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Minat mendalami Islam selepas melihat gaya hidup rakan-rakan Muslim ketika belajar di Ireland, mendorong lelaki Korea ini memeluk Islam.

Dikenali sebagai Sung-Joon Jeon atau nama Islamnya, Ahmad, sudah hampir setahun lebih tinggal di Malaysia, menurut portal Have Halal Will Travel.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, mula memeluk Islam sembilan tahun yang lalu ketika belajar di Ireland.

Jelas Ahmad, mendalami Islam membuatkan hatinya tersentuh kerana, ia adalah agama yang indah dan merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan manusia.

"Secara semula jadi, saya tertarik dengan agama Islam dan ingin belajar agama bersama mereka dan melihat dengan teliti bagaimana mereka mempraktikkan agama mereka dalam kehidupan," katanya.

Berkongsi pengalaman berpuasa di Malaysia, Ahmad berkata, ia berbeza dengan negara lain, kerana dia menyifatkan sambutan di sini agak meriah memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Antara perkara yang paling seronok adalah saya dikelilingi dengan orang yang berpuasa, memberikan saya satu perasaan yang sangat menyenangkan.

"Anda boleh mendengar banyak lagu yang berkaitan dengan Ramadan dan Hari Raya di jalanan dan terdapat banyak pasar yang terbuka untuk Iftar. Itu sungguh menggembirakan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

We really thanksful for interviewing on our story. Hope you have a good rest of Ramadan! Thanks for your support all the time! @havehalalwilltravel #koreanmuslim #havehalalwilltravel #musliminkorea #islamkorea #koreaninmalaysia #koreamalaysia #malaysia #indonesia #singapore

A post shared by Korean Muslim Ahmad, Maryam (@ahmad_maryam_kr) on May 15, 2020 at 6:00pm PDT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!