Kerajaan, swasta wajar sediakan dana khas

Gambar hiasan -Foto Bernama
Gambar hiasan -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Satu dana khas perlu diwujudkan bagi menyediakan keperluan peranti digital kepada keluarga B40 agar anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan berkata, dalam hal itu, kerajaan dengan kerjasama swasta boleh mengambil peranan mereka dengan melakukan secara serius dan segera.

Menurutnya, usaha menyediakan keperluan itu juga perlu dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan akses dan kualiti pembelajaran dalam talian dinikmati secara adil, saksama dan tepat masa masanya.

“Beberapa perkara perlu diatasi segera, antaranya akses jalur lebar, peluasan internet, peranti dan alatan serta aksesori, modul/pakej PdPc bermutu, bantuan terminal/teknikal khususnya di pedalaman, luar bandar dan pinggir bandar.

“Saya cadangkan kerajaan dan kerjasama swasta memperuntuk dana khas untuk keperluan peranti dan lain-lain bagi keluarga B40 serta menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, satu pusat sehenti juga wajar diwujudkan bagi pelaksanaan atau pemantauan PdPc dalam talian di setiap pejabat pendidikan daerah agar tiada pelajar yang tercicir.“Kadangkala dalam satu keluarga ada sebuah komputer sahaja tetapi ramai dalam keluarga tersebut yang memerlukannya pada masa yang sama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!