Rebut kemuliaan lailatulqadar dengan normal baharu

Mohamad Zuhdi bersama isteri dan anak-anak memanfaatkan 10 Ramadan terakhir untuk merebut kemuliaan malam lailatulqadar bersama keluarga.
Mohamad Zuhdi bersama isteri dan anak-anak memanfaatkan 10 Ramadan terakhir untuk merebut kemuliaan malam lailatulqadar bersama keluarga.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada hujung minggu ini, umat Islam diingatkan supaya tidak lupa merebut ganjaran malam lailatulqadar.

Pendakwah, Mohamad Zuhdi Mat Piah mengajak umat Islam mengambil keberkatan malam lailatulqadar dengan cara normal baharu bersama ahli keluarga.

“Begitu pantas masa berlalu tanpa sedar bahawa kita sedang berada pada pusingan terakhir dalam bulan Ramadan. Pusingan ini sangat penting kerana terdapat seruan daripada baginda Nabi Muhammad SAW untuk memburu lailatulqadar.

“Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, baginda membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) dan menghidupkan malam tersebut seperti dalam Riwayat Ibnu Hibban,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, meskipun ketika ini umat Islam sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang pandemik koronavirus (Covid-19), ia bukanlah alasan untuk terlepas daripada mengejar keberkatan malam lailatulqadar.

“Jika Ramadan sebelum ini, suami dan ayah akan bangun awal pagi siapkan diri, kemu-dian keluar ke masjid seorang diri, iktikaf seorang diri atau bersama jemaah lelaki tetapi kini hikmah PKPB, ALLAH SWT rezekikan kita bersama keluarga untuk berpuasa pada siang hari dan beribadah pada malam hari.

“Bagi yang bekerja, ambillah sedikit masa sebelum sahur sekurang-kurangnya untuk solat dua rakaat dan selebihnya banyakkan zikir atau seeloknya sama-sama membaca al-Quran dan menunaikan solat taubat.

“Semoga dengan kesungguhan tersebut, ALLAH SWT kurniakan malam seribu bulan lailatulqadar buat seluruh ahli keluarga,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!