Peniaga rayu lebih ramai pelanggan dibenarkan masuk pasar

Peniaga meminta agar MPK menambah bilangan kemasukan pelanggan ke Pasar Besar Kuantan berikutan pendapatan mereka merosot sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Peniaga meminta agar MPK menambah bilangan kemasukan pelanggan ke Pasar Besar Kuantan berikutan pendapatan mereka merosot sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
A
A
A

KUANTAN - Peniaga di Pasar Besar Kuantan merayu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membenarkan lebih ramai pelanggan boleh mendapatkan barangan keperluan harian mereka pada satu masa.

Mereka mendakwa kebenaran hanya 60 pelanggan menyebabkan jualan mereka terjejas dan banyak barang yang tidak habis dijual.

Peniaga sayur Suziana Mohd Nasir, 35 berkata, keputusan MPK itu juga antara faktor ramai pelanggan tidak sanggup menunggu terutama dalam keadaan cuaca panas.

"Ada yang terpaksa menunggu antara 30 minit hingga satu jam dan pelanggan mengambil keputusan tidak membeli di pasar dan akhirnya peniaga menanggung kerugian.

"Jadi, saya berharap MPK dapat memberi kelonggaran dengan menambah jumlah pelanggan kepada 80 atau 100 orang," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kuantan hari ini.

Jelasnya, waktu operasi yang terhad memaksa pelanggan datang awal bagi mengelakkan mereka beratur panjang.

"Saya di fahamkan sebelum ini berlaku kejadian pelanggan pengsan berikutan beratur terlalu lama di tengah panas dan MPK bertindak menyediakan laluan warga emas dan wanita mengandung.

"Tindakan yang diambil oleh MPK dipuji kerana sekurang-kurang pihaknya memudahkan urusan pelanggan dan semua langkah keselamatan serta pencegahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi perhatian sepenuhnya MPK," katanya.

Artikel Berkaitan:

Peniaga barangan runcit Mohd Rohaizat Isa,45, berkata, MPK perlu memberi kelonggaran dengan membenarkan lebih ramai pelanggan membeli barang basah di situ.

"Perniagaan terjejas apabila kurang pelanggan memasuki pasar sedangkan kami menjual barangan segar," katanya.

Peniaga ikan segar, Maizatul Mohd Zainuddin, 28 berkata, peniaga berharap MPK orang ramai berpeluang berbelanja dengan lebih lama jika masa ditambah.

"Saya percaya kakitangan MPK yang bertugas boleh mengawasi aktiviti di dalam pasar terutama membabitkan jarak sosial, nasihat boleh diberikan sekiranya pengguna tidak mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!