Pemuda dikecam selepas terjun tingkat 11 kapal persiaran

Nikolay bernasib baik kerana masih hidup selepas terjun dari tingkat 11 kapal persiaran Royal Caribbean di Bahamas.
Nikolay bernasib baik kerana masih hidup selepas terjun dari tingkat 11 kapal persiaran Royal Caribbean di Bahamas.
A
A
A

NASSAU - BAHAMAS. Seorang pemuda menerima kecaman netizen dan dilabel bodoh selepas bertindak terjun ke dalam laut dari tingkat 11 sebuah kapal persiaran mewah yang sedang berlabuh di Nassau, Bahamas.

Tindakan 'tidak berotak' Nikolay Naydev itu turut dirakam rakannya.

Video tersebut dikongsi di Instagram semalam dan telah ditonton lebih 200,000 kali.

Pemuda berusia 27 tahun dari Washington, Amerika Syarikat itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pihak pengurusan Royal Caribbean memandang serius perkara itu dan bertindak mengharamkan lelaki terbabit dan rakan-rakannya daripada belayar bersama mereka sampai bila-bila.

"Dia tidak dibenarkan naik semula ke atas kapal selepas melompat dan diminta untuk mencari kapal lain.

"Ini adalah tingkah laku yang bodoh dan melulu. Dia dan rakan-rakannya telah dilarang daripada berlayar bersama kami," kata pengurus komunikasi korporat Royal Caribbean kepada Fox News.

Sementara itu, Nikolay berkata dia mabuk dan separuh sedar ketika video itu dirakam.

Artikel Berkaitan:

Rakan yang bertindak merakam perbuatan bodoh itu pula berkata, dia hanya mahu mencipta video tular.

Berikut reaksi netizen di Instagram milik Nikolay.

"Orang bodoh buat perkara bodoh."

"Hei brader, nasib baik leher tak patah."

"Bodoh tu simpan sikit untuk anak cucu."

"Penting sangat ke menjadi terkenal, nasib tak mati."

"Mak kau hijau."

Difahamkan, Royal Caribbean bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan terbabit. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!