Kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 4.7 juta
NEW YORK - Kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia mencecah 4,708,415 pada jam 6.32 petang Ahad dan seramai 314,950 pesakit maut, lapor agensi berita Xinhua, menurut data Johns Hopkins University.
Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 1,486,375 kes dan korban seramai 89,549.
Sementara itu Rusia, Britain, Brazil, Sepanyol dan Itali mencatatkan kes melebihi 200,000. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!