Penganggur didakwa bakar pintu rumah jiran

714159
714159
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membakar pintu rumah jirannya, awal bulan ini.

Amardeep Singh, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Aswarnida Affandi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat menggunakan api dengan niat hendak membinasakan rumah milik Aizuddin Ambia, 34, iaitu membakar pintu hadapan rumah tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Court 1, Jalan PU7, Taman Puchong pada jam 12.40 tengah malam, 8 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan pada kadar rendah kerana perlu menjaga ibunya yang mempunyai penyakit diabetes.

Aswarnida menetapkan RM7,000 sebagai ikat jamin kepada tertuduh sementara menunggu sebutan semula kes pada 11 Jun depan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah juga meletakkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan dilarang berhubung dengan saksi atau mangsa sehingga perbicaraan selesai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!