12 restoran McDonalds di Australia ditutup, pekerja positif Covid-19

Sebanyak 12 restoran McDonalds di Victoria Australia ditutup pada Isnin selepas seorang pekerja penghantaran diuji positif Covid-19.
Sebanyak 12 restoran McDonalds di Victoria Australia ditutup pada Isnin selepas seorang pekerja penghantaran diuji positif Covid-19.
A
A
A

SYDNEY - Sebanyak 12 restoran McDonalds di Victoria Australia ditutup pada Isnin selepas seorang pekerja penghantaran diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pekerja berkenaan dikatakan ada berinteraksi dengan sebilangan kecil kakitangan restoran dan setakat ini tiada pekerja lain yang didapati positif virus itu, menurut Mcdonalds.

Penutupan sementara itu membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan dan pekerja yang berisiko dijangkiti diarah duduk di rumah selama 14 hari dan jalani saringan.

Restoran akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan selesai dengan petugas baharu.

Minggu lalu, sebuah restoran McDonalds di negeri sama ditutup selepas melaporkan 10 kes Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!