Covid-19: 44 kes pulih, 47 kes positif baharu

Dr Noor Hisham pada sidang akhbar di Putrajaya. Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang akhbar di Putrajaya. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya dari wabak koronavirus (Covid-19) adalah 5,615 kes.

Ia bersamaan dengan 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes positif harian mengatasi kes pulih iaitu 47 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 22 kes merupakan jangkitan import manakala selebihnya melibatkan penularan tempatan.

"Terdapat 26 kes penularan tempatan yang melibatkan 17 warga asing," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes meningkatkan kepada 6,941 kes dengan jumlah aktif sebanyak 1,213.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 13 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

"Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini dan jumlah kumulatifnya kekal 113 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!