Imbau kenangan anak setinggan

Halimey turun padang membantu penduduk yang memerlukan bantuan di kawasannya menerusi pemberian sumbangan barangan keperluan.
Halimey turun padang membantu penduduk yang memerlukan bantuan di kawasannya menerusi pemberian sumbangan barangan keperluan.
A
A
A

PETALING JAYA - "Saya masih ingat waktu kecil dulu, kami sekeluarga hanya berbuka puasa dengan diterangi lampu minyak tanah.”

Begitulah perkongsian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar ketika mengimbau kenangannya menyambut Ramadan ketika bergelar anak setinggan di Desa Hormat di sini.

Menurutnya, keka-ngan kewangan yang dihadapi keluarganya ketika itu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa bergelap kerana kediamannya tidak mempunyai sambungan elektrik.

Anak sulung daripada dua adik-beradik itu berkata, ibu bapanya hanya bekerja sebagai peniaga di tapak pasar malam dan dia perlu memikul tugas menguruskan adik lelakinya di rumah.

“Saya ingat lagi ketika bulan puasa, ayah dan ibu perlu berniaga, jadi saya mengambil tanggungjawab menguruskan semua keperluan berbuka puasa kami berdua.

“Kehidupan keluarga sukar, kerana itu saya perlu membantu ibu serta ayah memikul tanggungjawab tersebut,” katanya.

Halimey berkata, kebiasaannya beliau akan memasak sendiri juadah yang ringkas untuk berbuka puasa bersama adiknya.

Menurutnya, walaupun kehidu-pannya sebelum ini hanya sebagai anak setinggan, namun beliau mengakui bertuah kerana dapat ‘berkhidmat’ kepada ibu bapanya sejak be-liau kecil.

Artikel Berkaitan:

“Memang sejak kecil saya sudah diajar untuk berdikari membantu menguruskan adik kerana kami bukan orang senang, malah kehidupan kami juga sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran.

"Ketika cuti hujung minggu, saya dan adik akan menolong ibu serta ayah berniaga di tapak pasar malam bagi membantu mengurangkan beban mereka.

"Pada hari biasa pula, kami perlu mengulangkaji pelajaran di rumah," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai juadah kegemaran pada bulan Ramadan, Halimey berkata, selain ketupat dan rendang, beliau juga amat menggemari lontong yang disediakan oleh ibunya.

Sejak berumah tangga, Halimey berkata, isterinya akan menyediakan juadah kegemarannya itu setiap kali hari raya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!