Sidang dua hari DUN Perlis hanya satu jam setengah

Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula esok. - Foto arkib Bernama
Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula esok. - Foto arkib Bernama
A
A
A

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang akan berlangsung dua hari bermula esok hanya akan bersidang selama satu jam setengah pada kedua-dua sesi.

Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata, perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hamdan berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!