APMM tahan 50 bot nelayan Vietnam ceroboh Terengganu

Zubil
Zubil
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 50 bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan Terengganu dan kesemuanya telah dikenakan tindakan tegas sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Zubil Mat Som berkata, dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 pihaknya tidak akan berkompromi terhadap nelayan asing yang ingkar dan menceroboh perairan Malaysia.

Zubil berkata, ini perlu diambil serius memandangkan kerajaan telah berusaha sehabis baik dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dari terus merebak melalui pelaksanaan PKP.

"Maka kami pihak APMM telah melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak berlakunya jangkitan dan wujudnya kluster yang baharu.

"Pematuhan SOP ini turut merangkumi tatacara pengendalian bot nelayan asing yang menceroboh di perairan negara,"katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan dan lawatan bagi meninjau aset dan persediaan APMM Selangor yang menyertai Op Benteng malam tadi.

Beliau berkata, bot-bot nelayan asing yang menceroboh telah diambil tindakan tegas iaitu peralatan-peralatan menangkap ikan mereka turut dirampas, bekalan air batu dan air dibuang ke laut sebelum bot-bot yang terlibat diiring keluar dari sempadan perairan Malaysia.

Sementara itu, Zubil berkata, dalam perkembangan lain, melalui Op Dallal pihaknya telah menahan seramai 202 warga Mnyamar yang merupakan etnik Rohingnya pada 5 April lalu.

Turut ditahan dalang yang menguruskan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (Pati) itu dengan mengenakan bayaran RM 15,000 seorang.

Artikel Berkaitan:

Seramai enam dalang telah ditangkap di Kedah dan dua lagi dalang utama sedang diburu.

Menurutnya, tangkapan pertama ke atas dua dalang yang merupakan warga Myanmar dilakukan pada 16 April dan 18 April lalu.

Sementara tangkapan kedua ke atas empat lagi dalang yang juga warga Myanmar ditahan pada 3 Mei lalu.

Menurutnya lagi, kerjasama bersama komuniti nelayan juga perlu ditingkatkan.

"Ini kerana golongan nelayan di perairan negara dapat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada agensi dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan cepat kepada pusat operasi APMM, supaya kapal dan bot kami dapat digerakkan ke lokasi kejadian dengan cepat dan dapat menahan pihak terlibat supaya tidak lolos

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!