Belajarlah daripada kerendahan hati Sugu, Pavithra

Youtuber Masakan S Pavithra -Foto Bernama
Youtuber Masakan S Pavithra -Foto Bernama
A
A
A

LUPAKAN sekejap hal-hal politik yang banyak drama dan tikam-menikam sejak beberapa bulan ini.

Merak Jalanan tertarik dengan kisah saluran video YouTube masakan sepasang suami isteri berketurunan India yang kini menjadi bualan ramai di internet.

Lebih daripada sekadar belajar memasak, terdapat 1,001 kisah menarik yang boleh kita pelajari daripada perjalanan kisah video rakyat Malaysia, S Pavithra, 28, dan suaminya, M Sugu, 29.

Ia kisah bagaimana seorang wanita berketurunan India yang fasih berbahasa Melayu sehingga hampir keseluruhan videonya menggunakan bahasa kebangsaan.

Kisah bagaimana polos dan rendahnya hati Pavithra, wanita dari kampung Sungai Siput, Perak yang sangat lembut dalam setiap tutur bicaranya.

Dan kisah bagaimana revolusi industri mampu mengubah kehidupan seseorang walaupun berada jauh di ceruk estet.

Bermula dengan video suka-suka selepas diajar seorang rakan, sejak awal tahun ini, Pavithra mula merakam dan memuat naik video masakannya di YouTube.

Sekali imbas videonya sangat amatur, tanpa suntingan canggih jauh sekali dilengkapi animasi menarik.

Artikel Berkaitan:

Tetapi ternyata Pavithra menambat hati rakyat Malaysia dengan cara tersendiri. Keringkasan videonya itulah yang memancarkan keikhlasan dan kerendahan hatinya.

Sekelip mata sahaja kisah Pavithra menjadi tular sehinggakan turut menarik minat pasangan Jepun yang menetap di Hong Kong untuk mencuba resipi kari ayamnya.

Namun, apa yang lebih menarik jika dulu Pavithra bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja di ladang dengan gaji RM1,000 sebulan, namun sejak bulan lalu semuanya berubah.

Hanya dengan telefon pintar, akses internet dan usaha gigih, saluran YouTube Pavithra yang kini mempunyai 551,000 pengikut membolehkan wanita itu memperoleh pendapatan RM8,700 bulan lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!