Rumah dipenuhi 250,000 bola-bola plastik
LONDON - Seorang bapa mengubah rumahnya kepada 'taman permainan' gergasi apabila berjaya penuhi setiap ruang dalam rumah dengan 250,000 bola-bola plastik kecil atau ‘ball pit’.
Menurut Metro.co.uk, Joel Conder membuat kejutan itu untuk empat anak perempuannya, Kaci, 14, Grace, 12, Sophie, 8 dan Chloe, 2 tahun.
"Semasa perintah berkurung, anak-anak tidak dapat keluar rumah untuk bermain ditambah pula sistem imunisasi Sophie rendah.
"Oleh itu saya mengambilnya inisiatif memberi kelainan dengan ubah rumah kepada taman permainan gergasi tanpa diketahui isteri dan anak-anak," katanya.
Joel menyewa 250,000 bola-bola plastik dari syarikat bola Ball Mania dan kesemua bola itu adalah baharu malah dibersihkan sebelum digunakan.
Secara keseluruhan, Joel mengambil masa dua jam untuk penuhi ruang rumah termasuk di dapur dan ruang tamu.
Isterinya, Sarah turut terkejut melihat rumahnya dipenuhi bola-bola plastik pelbagai warna ceria.
"Sejujurnya ini adalah salah satu kenangan terbaik keluarga kami. Saya juga bermain dengan mereka," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!